5 kesan positif Corona Virus

by - April 03, 2020

PERBEDAAN PERSEPSI | Jimmysie's Blog

Lewat ini, negara kita digemparkan dengan satu serangan menduga. Walau bagaimana pun yang pastinya ia bukan serangan fizikal kerana inilah yang dikatakan serangan biologi. Rakyat Malaysia ibaratnya sedang berperang dan mempertaruhkan nyawa masing-masing. Baik dari yang terkena mahupun yang berada di barisan hadapan serangan. 

Berat! Tapi harus ditempuhi jua. Sakit! Tapi harus dirasai jua. Resah! Tapi harus diharungi jua sehingga ketitisan darah yang terakhir dan nyawa yang penghabisan. Masing-masing dalam tekanan dan kurungan. Ia! Malaysia mengambil langkah yang sangat bijak dan agak awal untuk memutuskan rangkaian serangan ini. Serangan Corona Virus atau lebih popular dengan nama Covic19. 

Sehingga semalam 3 April 2020, Jumaat, angka semakin meningkat sehingga 3, 333 orang yang meragut 53 nyawa insan tidak berdosa. Banyak keluhan dan resah disuarakan oleh rakyat tentang perintah Kawalan Pergerakan ini. Mereka menyuarakan rasa tidak puas hati kepada segelintir masyarakat yang masih berdegil tidak mengikut peraturan yang ditetapkan. 

Saya cuba memandang hal ini, (Covic19) dan segala permasalahan ini sebagai satu perkara dari sudut positif. Yes memang tidak dinafikan banyak negatifnya kepada negara. Tapi kita masih selamatkan? Masih cukup makan pakai kan? cuma tak boleh keluar sewenangnya sahaja. Mari saya kongsi pandangan saya tentang hal positif ini.

5 Kesan Positif Tentang Corona Virus

1. Masa Emas bersama keluarga.

Benarkan? Saya dapat rasakan betapa berharganya masa ketika ini untuk dinikmati bersama keluarga dan yang tercinta. Saya memandang dari sudut rakyat marhain ya, bukan aspek fronliners. Fronliners ada urusannya tersendiri, Masa yang selama ini ditagih oleh anak-anak daripada ibu bapanya, oleh suami kepada isterinya yang sibuk bekerja, oleh isteri kepada suaminya, oleh ibu kepada anak anaknya. Bersyukurlah dan redha dengan apa yang diusahakan harini. 

Binalah suatu urusan atau aktiviti yang menyeronokkan untuk dilaksanakan bersama. Aktiviti yang dilakukan bersama akan dapat mengeratkan silaturrahim yang hampir berburai dek kerana kekangan masa selama ini. Contoh aktiviti bersama keluarga, bermain permainan tradisional seperti batu seremban, congkak dan sebagainya. Aktiviti lain seperti bermain catur, dam, jutaria, sadina, sahiba dan banyak lagi. Boleh juga buat aktiviti seperti berkhemah dalam rumah atau luar rumah. Tidaklah membosankan bila ada aktiviti untuk dilakukan!

2. Belajar Resepi Memasak untuk keluarga

Rata-rata wanita bekerjaya harini, yang tidak berapa expert memasak akan menggunakan modal kekangan masa untuk belajar memasak kan? Nah, sebulan atau dua bulan ini, peruntukkanlah masa anda untuk memasak. Belajar memasak tidaklah semestinya pergi ke kelas masakan. Boleh sahaja melalui instagram, facebook malah youtube juga membantu saat ini.

Belajarlah sesuatu agar ketika PKP ini, kita mampu membpositifkan diri dan orang sekeliling kita.  Benarkan, masih ada yang positif tentang Corona Virus. Tidaklah semuanya negatif semata-mata. cuba panda dari sudut yang baik.

3. Menyempurnakan segala tugasan tertunggak

Benar, tugasan kita memang sedang tertunggak dek kerana serangan Covic19 yang semakin menggila. Tapi, inilah masanya juga untuk kita selesaikan apa yang tertunggak sebelumnya. Yang sudah sedia tertunggak itu. Lakukan sesuatu untuk  strategi marketing untuk yang berniaga. Cuba membuat modul latihan untuk murid bagi yang  bergelar guru dan banyak lagi agar segala urusan yang sedia tertunggak dilangsaikan segera.

4. Mengeratkan silatur rahim

Siapa kata tak boleh keluar rumah, maka silaturrahim tak leh terjalin? Dari sinilah kita boleh mula mencipta jaringan rangkaian silatur rahim! Melalui facebook, instagram, whatsapps dan macam macam lagi media sosial yang ada. sepanjang Covic 19 juga semua orang diberi data free 1GB setiap hari kan. Jadi gunakan ia sebaik mungkin!

5. Peluang Muhasabah diri

Dalam kesibukan kerajaan meminta kita semua tetap kekal berada di rumah, kita boleh mengambil peluang ini untuk bermuhasabah diri kita yang banyak kekhilafan dan dosa. Tetaplah berada di rumah untuk mengelakkan jangkitan ini, tapi dalam masa yang sama gunakan peluang ini untuk memohon ampun kepada sang Pencipta atas segala kemungkaran yang pernah kita buat. Bermuhasabahlah dengan menunaikan solat sunat taubat dan sebagainya. Cari peluang ini untuk menambahkan pahala, meningkatkan peluang ke syurga, bukannya menambah dosa, peluang untuk mengangkat darjat kita ke suatu aras yang lebih baik. 

Kesimpulan

Anda boleh semak sendirikan? Betapa jika kita memandang hanya dari sudut negatif, berkurung sahaja, bosan dan sebagainya, maka jadilah kita orang yang rugi dan tidak mengambil peluang yang ada. Tetapi, jika kita memandangnya dari sudut positif, maka seluruh diri dan keluarga kita makin ceria, makin berkembang makin seronok dan kesihatan pun terjaga, sebab kita stay di rumah, InsyaAllah!

Pesan saya, kita tidak akan boleh menongkat langit hari ini yang bakal runtuh, tetapi kita boleh membina rumah bahagia untuk hari esok. Stay at home, stay positif, stay strong!

Sekadar perkongsian!




You May Also Like

0 comments

Selamat Berkomen. Silakan komen yang membina ya!