5 Budaya perlu sebelum Tutup Sekolah

by - November 22, 2017

Bismillahir rahmanir rahim

Good Morning to my silence readers!

Hari ini hari Khamis dan esok adalah hari terakhir persekolahan bagi sesi 2017. Rasa sayu jer tapi dalam masa yang sama gembiralah sebab dah nak cuti. Biasa la cikgu rehat lama sikit sebelum nak masuk kerja baru next yer yang menyesakkan minda dan bertimbun2.

Eh lupa pulak, cikgu mana ada rehat la... cuti ni ada tugasan kot. Tugasan oleh Pihak KPM tau, pasal SCHOOLOGY. Nak kena mengadap 3 ke 4 jam depan laptop baru habis. Ala, macam I THINK dulu tu. Dah settle hat ithink tu mai la hat baru nama schoology ni. Tak pa lupakan sat, lagipun hat tu buat masa cuti, ni belum cuti ni kena settle hat dok di sekolah dulu (SORRY KELUAR LOGHAT KEDAH )

Berbalik kepada headline entry ni. sebelum nak tutup sekolah cikgu cikgi sila buat cheklist sepanjang resit belian di TESCO. Hehehe... Ada 10 benda yang perlu dibudayakan sebelum tutup sekolah. Mai kita tengok dan chek sama2.

1. BUKU REKOD MENGAJAR -
Ha hat ni benda wajib kena buat tau. Benda penting melambangkan profesion perguruan kita. Ni juga bukti pekerjaan harian kita. Kalau hilang hat ni, boleh kena buang kerja tau. Tapi ada syarat2 juga la, tertakluk terma.



2. BUKU REKOD KEHADIRAN -
Ha hat ni kalau hang jadi guru kelas memang benda wajib no 2 okay. Ni pon dikira bukti kerja kita kat sekolah. Tak buat or hilang, nanti pihak AUDIT mai, kes naya ja ni. Kerja ni bukan senang, nak kena tutup register (cikgu cikgu tau la ni) bukan benda main2, salah kira, pihak audit mai, hang jawab la sendiri okay, tak dapek den nak nolong  eh!


3. TUGAS-TUGAS KHAS -
Ha hat ni memang agak dahsyat sikit sebab lain cikgu lain tugasan khas dia. Contoh kerja berat tugas khas ni adalah jadi Guru SPBT, Ketua dan  Setiausaha Disiplin Sekolah. Tugas depa ni kena pastikan pelajar dalam keadaan terkawal dan aman. Ketua Panitia dan Setiausaha antara yang berat gak. Keserabutan la kan dengan segala mak nenek fail yang perlu disiapkan  dan dihimpunkan. Pendek kata hat jadi penyandang tugas-tugas berat ni memang POWER la

4. KAD PAJSK DAN SEGAK -
Ha hat ni benda-benda baru la dalam tugas cikgu ni. Tapi tak la baru  sangat sebenarnya, namanya saja tukar dan dulu dalam bentuk buku, sekarang pakai kad. Lepas tu kena key in dalam sistem pulak. Nampak kerja bertambah sikit. Tugasan ni sebenarnya bukan semua cikgu kena buat, hanya guru kelas dan guru subjek PJK ja yang kena buat. Lepas dah siap buat, silakanlah print sekali na. Sabaq ja!

5. BORANG SERAH TUGAS -
Ha hat ni tak kira, hang dapat pindah ka, yang tak dapat pindah ka, kena selesaikan borang ni. Borang ni biasanya pihak sekolah yang sediakan. Borang ni umpama cheklist akhir la. Lepas kita dah langsai semua kerja tu,  chek dalam cheklist yang diberi, then, p la cari cikgu2 berkenaan untuk  minta tanda tangan tanda kita dah langsai kerja bahagian tu. (Bergantung pada sekolah gak)



Ha, tu la 5 benda yang perlu kita sebagai cikgu budayakan kat sekolah. Itu tak termasuk benda2 lain yang berkaitan pelajar. Kalau sapa2 ada minat dan cita-cita nak jadi cikgu, hampa kena siapkan diri, hati jiwa kena kental sikit sebab lambakan kerja semakin menjadi-jadi sejak ada segala mak nenek E ni.

Guru ni semuanya dia jadi, JAGA pon dia jadi juga, tunggu pelajar pagi2, mengalukan kedatangan pelajar (GURU PENYAYANG). DOKTOR atau NURSE pon kadang2 jadi gak, ada la nanti pelajar mai minta ubat nak, sakit tu sakit ni. kadang2 jadi driver gak, hantar pelajar balik rumah, hantar p klinik... POLIS pon boley tau, masa jadi guru disiplin. Pendek kata, cikgu ni macam SUPER segalanyalah!!!


Kesimpulannya, semua pekerjaan pon ada budaya masing-masing.Cuma dari aspek yang berbeza sahaja.
Okey lah, my lovely readers, terima kasih tau sebab sudi singgah dan membaca entry saya. Jumpa lagi yer...



wslm


You May Also Like

1 comments

Selamat Berkomen. Silakan komen yang membina ya!