Tolong... Jangan pukul saya!

by - August 10, 2017

Bismillahir rahmanir rahim...

Allahu Akbar... Tolong laa... jangan pukul saya! Sakit... Sakit... Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Mungkin inilah raungan yang kedengaran setiap kali dibuli. Dahsyat kan... Kes buli di malaysia semakin menjadi jadi. Hampir tak terbendung. Di sekolah, asrama dan mana saja, buli berleluasa. Hakikatnya, siapa yang harus dipersalahkan? Pembuli? Yang dibuli? Ibu Bapa? Guru? atau Masyarakat? dalam era yang seba moden sekarang ni pon masih ada kes buli. Apa yang mereka mahukan? dan apa yang si pembuli dapat? Kepuasan? Nikmat? Rasa Hebat? entah, hanya mereka sahaja yang merasainya. Tapi buli ada banyak kategorinya. Yang saya maksudkan dalam entry ni adalah berkaitan buli fizikal.

Minggu lepas ada lagi kes buli pelajar tingkatan 4. Dua orang pulak tu...  sebelum tu kes buli Zulfarhan Osman, pon masih belum settle dah timbul kes baru. Baca kes Zulfarhan di SINI.
pendek kata google jer kes buli di malaysia, nahhh keluar berlambak kesnya!

jom lihat faktor faktor terjadinya kes buli terutama dalam kalangan pelajar hari ini



Faktor Utama

Faktor utamanya adalah bermula daripada rumah. Bagaimana asuhan dan didikan di rumah menjadi punca anak berkelakuan suka membuli orang. Anak adalah kain putih dan tergantung ibu bapanya untuk mencorakkannya. Sayangkan anak tidak semestinya semua kemahuannya dituruti. Salah! Sayangkan anak adalah mendidik dirinya menjadi insan bukan sekadar menjadi orang. Mulakan didikan dengan akhlak ibu bapa yang baik. Ibu bapa adalah contoh paling dekat yang anak akan ikuti. mereka adalah idola anak-anak masing-masing. Jadi didiklah dan tunjuklah perilaku yang baik agar anak menuruti tingkah laku yang baik.

Faktor kedua

Faktor pengaruh rakan sebaya juga menjadi punca kepada terjadinya kegiatan membuli. Pengaruh rakan sebaya dalam tingkah laku seseorang memang tidak dapat disangkal lagi. Terdapat pelajar yang membuli pelajar lain kerana mengikut kawan. Mereka seronok melihat pelajar yang dibuli menangis atau marah kepada mereka. Lebih menjejaskan keadaan apabila perbuatan buli ini boleh membawa kepada kecederaan atau kematian.

Faktor ketiga


Perbuatan buli juga boleh berpunca daripada pengaruh media massa. Media massa yang paling berpengaruh ialah televisyen dan permainan video. Dewasa ini terdapat banyak stesen televisyen yang menayangkan filem yang berunsur ganas. Sewajarnya pihak media perlu memastikan program yang disiarkan di televisyen tidak mendatangkan kesan negatif kepada golongan muda, terutamanya peiajar sekolah.



Faktor keempat

Pentadbiran sekolah yang kurang berkesan juga boleh menyebabkan kepada berlakunya gejala buli. Adalah amat penting bagi jawatankuasa disiplin sekolah  dapat berperanan dengan baik. Sesungguhnya, pelajar akan menjadi semakin nakal jika mendapati pihak jawatankuasa disiplin sekolah tidak mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Antara masalah disiplin yang perlu diambil tindakan dengan segera ialah bergaduh, menghisap rokok dan ponteng sekolah. Jika pihak jawatankuasa disiplin sekolah dapat memainkan peranan dengan proaktif, maka sudah pastilah gejala buli dapat dibanteras.

Saya rasa sekadar itu sahaja perkongsian berkenaan kes buli. Semoga kes kes seperti buli ini dapat dikurang dan dihapuskan segera! Saya doakan keluarga yang dibuli kuat menerima semua ujian ini. Dan kepada yang dibuli yang sudah meninggal, semuga rohnya dicucuri rahmat Allah. Amin Ya Robbal alamin.

okay wslm

You May Also Like

0 comments

Selamat Berkomen. Silakan komen yang membina ya!