~ Kematian itu pasti ~
Bismillahi Rahmanir Rahim...
Al Fatihah untuk bapa saudara saya Allahyarham Bukhari Bin Ahmad yang telah pulang ke rahmatullah petang semalam. Saya terkilan sebenarnya sebab tak dapat balik kampung menziarahi jenazahnya untuk kali terakhir kerana terikat dengan kerja. Maklumlah dah hujung-hujung persekolahan kan... Banyak perkara penting yang harus diselesaikan.
Marilah sama-sama kita mendoakan kesejahteraan beliau untuk alamnya yang baru iaitu alam barzakh...
dan
teringat satu perkara bila kita melihat kematian seseorang...
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara :
sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
0 comments
Selamat Berkomen. Silakan komen yang membina ya!