Admin

Saturday, January 28, 2012

Aku ingin ke RAUDHAH...

Assalamualaikum wbt.

Beberapa hari lepas, sempat baca blog mama june, nama terakhir dalam link saya... satu paparan kisah benar yang sangat menghiris rasa. sebagai seorang wanita saya juga memahami perasaannya ketika ini. Saya berharap agar mama june bersabar dan mengharungi ujian hidupnya dengan lebih bermakna dan mendekatkan diri hanya kepadaNya. Allah juga yang tahu tahap kekuatan hambaNya dalam menghadapi ujian dariNya. sesungguhnya seperti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah; ayat 286: 

"Allah tidak membebankan hambaNya dengan bebanan yang tidak mampu di pikul oleh hambaNya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakan, dan juga menanggung dosa kejahatan apa yang diusahakannya."

Sudah tentunya mama june yang mampu menanggung hal ini, bukannya kita... InsyaAllah mama june.

Tadi, beberapa jam yang lalu, saya sempat menelek satu laman blog... blog nisa' penang. Blog yang padat dengan informasi terkini. Mata saya tertancap pada senarai deretan jawatan kosong diruangan kiri tepi blog tersebut. Lalu jari telunjuk saya menggerakkan anak panah di skrin laptop saya untuk klik.

Maka keluarlah satu blog yang saya target sebelumnya.


Satu nama yang tidak asing dalam arena remaja hari ini. Satu tempat yang sangat istimewa namun tak semua yang ingin kesana. Satu taman hiasan yang kecil tetapi menenangkan. Meskipun, jasad masih belum hinggap kesana, tetapi terasa satu kedamaian menggamit untuk menyusur ke sana satu masa kelak, insyaAllah. Ingat memberi bakti tapi masih belum terbangun. RAUDHAH (Rumah Upayadaya dan Harapan ar-Rahman). Rumah yang membantu remaja kita hari ini yang semakin hari semakin menjadi-jadi.

Saya copy satu perenggan tentang pengenalan RAUDHAH di sini.

Rumah Upayadaya dan Harapan ar-Rahman (RAUDHAH) adalah sebuah rumah transit yang mensasarkan kepada kumpulan remaja dan wanita bermasalah yang diselenggara olehPersatuan Ulama’ Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) dan Sekretariat Dakwah Pulau Pinang. Terletak di sebuah tanah amal di Seberang Perai, Pulau Pinang, RAUDHAH diharap dapat menjadi rumah singgah (transit) kepada pelbagai lapisan masyarakat Muslim yang berhasrat mengubah nasib hidup mereka dan menjadikan Islam sebagai panduan dan jalan hidup baru. RAUDHAH yang mempunyai maksud taman cuba membawa konsep ketenangan dengan menekankan ilmu dan kerohanian sebagai faktor makhraj (مخرج) yakni jalan keluar atau jalan perubahan. Pelatih akan mengikuti program ‘uzlah (عزلة) dan tazkiyah(تزكية) yakni penyucian dan pendidikan selama 6-9 bulan di pusat ini.
Saya kira bukan mudah untuk kita mendapat kekuatan istimewa seperti insan-insan peneraju RAUDHAH. Tahniah saya ucapkan kepada warga RAUDHAH.


p/s : Raudhah memerlukan sukarelawan yang mampu meluangkan masa membanting tenaga dalam usaha meneruskan perjuangan anak-anak didik RAUDHAH.


wslm 
 'sesungguhnya aku ingin ke RAUDHAH, siapa yang bisa membawaku?'

Sunday, January 1, 2012

Tirai 2011 berlabuh, sauh 2012 akan diangkat…



Assalamualaikum wbt.
Tempoh berehat saya kita berakhir… insyaAllah perjalanan kembali diteruskan. Salam pembuka tirai tahun baru… azam baru insyaAllah..

 Berlabuh sudah tirai 2011 semalam yang telah memberikan kita seribu satu kenangan yang mungkin tidak pernah kita jangka dan tidak akan terlupakan oleh ingatan. Satu persembahan pentas yang kita aksikan menjadi taruhan untuk kita satu masa kelak. Mungkin juga apa yang disemai pada tahun 2011 masih belum tertuai. Semak samun yang masih belum tertebas dalam benak sanubari. Denai yang makin menghimpit jalan perjuangan masih jua belum tercantas…  Ya Allah kiranya masih berbaki kekuatan aku maka Kau tingkatkanlah ia menjadi kuasa dalam diriku demi sebuah keadilan.

Banyak perkara dalam hidup 2011 yang masih jua belum ketemu jawapan. Banyak juga hal yang berlaku tanpa kita duga. Orang dekat orang jauh sama saja. Tetap perlukan satu perhatian.

Ucapkan selamat tinggal untuk tahun 2011 dan selamat datang untuk tahun 2012 dan tahun 1433 h… insyaAllah. Ada yang bakal berlaku untuk kita kutip lagi kenangan dan pengajaran… satu kesilapan beerti kita belajar satu hal. Dua kesalahan bermakna kita belajar 2 kekurangan dan tingkatkan menjadi kelebihan insyaAllah. Dia tahu apa yang kita inginkan dan perlukan. Keinginan belum mencapai jalan keperluan. Tetapi keperluan itu sentiasa mencapai tahap keinginan…

Salam tahun baru, dan semuga tabah serta sabar kepada semua yang ditimpa ujian dan permasalah. Itu satu perjalanan hidup menuju destinasi abadi…

wslm