Search This Blog

Sunday, January 1, 2012

Tirai 2011 berlabuh, sauh 2012 akan diangkat…



Assalamualaikum wbt.
Tempoh berehat saya kita berakhir… insyaAllah perjalanan kembali diteruskan. Salam pembuka tirai tahun baru… azam baru insyaAllah..

 Berlabuh sudah tirai 2011 semalam yang telah memberikan kita seribu satu kenangan yang mungkin tidak pernah kita jangka dan tidak akan terlupakan oleh ingatan. Satu persembahan pentas yang kita aksikan menjadi taruhan untuk kita satu masa kelak. Mungkin juga apa yang disemai pada tahun 2011 masih belum tertuai. Semak samun yang masih belum tertebas dalam benak sanubari. Denai yang makin menghimpit jalan perjuangan masih jua belum tercantas…  Ya Allah kiranya masih berbaki kekuatan aku maka Kau tingkatkanlah ia menjadi kuasa dalam diriku demi sebuah keadilan.

Banyak perkara dalam hidup 2011 yang masih jua belum ketemu jawapan. Banyak juga hal yang berlaku tanpa kita duga. Orang dekat orang jauh sama saja. Tetap perlukan satu perhatian.

Ucapkan selamat tinggal untuk tahun 2011 dan selamat datang untuk tahun 2012 dan tahun 1433 h… insyaAllah. Ada yang bakal berlaku untuk kita kutip lagi kenangan dan pengajaran… satu kesilapan beerti kita belajar satu hal. Dua kesalahan bermakna kita belajar 2 kekurangan dan tingkatkan menjadi kelebihan insyaAllah. Dia tahu apa yang kita inginkan dan perlukan. Keinginan belum mencapai jalan keperluan. Tetapi keperluan itu sentiasa mencapai tahap keinginan…

Salam tahun baru, dan semuga tabah serta sabar kepada semua yang ditimpa ujian dan permasalah. Itu satu perjalanan hidup menuju destinasi abadi…

wslm

No comments:

Post a Comment