KARENAH PELAJAR KINI

by - April 26, 2017

Subhanallah terujanya saya sebab harini saya dapat update blog ni dua kali! Hai, saya adalah salah seorang warga pendidik dan juga seorang ibu. Dua perspektif berbeza tetapi mempunyai pandangan dan hala yang sama. Bila saya berdepan dengan pelajar saya, sangatlah mencabar. Jika ikut hati mungkin penampar makannya. Wow keras skit bahasa malam ni, maaf yer...

Dua karektor individu yang berbeza, tetapi mempunyai matlamat dan pengharapan yang sama barangkali. Iya, seorang guru mahupon seorang ibu pastinya mahukan yang terbaik buat insan yang teramat disayangi ok!

PENAT BERBALOI

Saya akui memang sangat susah mendidik dan mengajar zaman kini dengan karenah pelajar itu dan ini. Semuanya tak mau buat, kerja sekolah tak nak buat, kokurikulum tak nak join, ponteng sekolah, ponteng kelas, ada yang mai sekolah sekadar untuk suka2 dan menghabiskan masa lapangnya dan macam2 lagi yang kami sebagai pendidik hadapi. Pastinya bukan satu keluhan ya... tapi sekadar menyuarakan melalui pena bisu ini. Tapi saya yakin dengan kemampuan semua pendidik harini. Kita boleh cuma memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. InshaAllah penat lelah kita akan terbayar dan sangat berbaloi! Dulu saya tak nampak semua ni, bila dah 7 tahun mendidik baru jelas semuanya!

SI IBU MENGHARAPKAN ANAKNYA TERBAIK

Ibu mana yang inginkan zuriatnya tidak pandai? tidak ada saya kira... Semuanya mengharapkan sang anak menjadi insan berguna dan terbaik pastinya. Bersama samalah kita menggembleng tenaga demi membantu anak-anak bangsa kita demi mengecapi nikmat kejayaan dunia dan akhirat jelasnya,...

Persoalannya... macam mana nak hadapi... siapa ada solusinya? Boleh kongsi kat sini yer. Kebanyakan pelajar hari ini mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza dan tentunya ada lebih dan kurangnya tersendiri. Masing2 membawa kisah duka dan lara tersendiri.

JOM KONGSI PENDAPAT

Saya menyeru kepada sesiapa yang membaca blog saya ini untuk memberi sedikit komentar yang membina ya... mana lah tahu kita boleh sama2 selesaikan permasalahan yang menjadi kebuntuan kebanyakan pendidik zaman ini. Saya sedang berdepan dengan permasalahan ini pastinya.

terima kasih kepada yang membaca dan komen!

wasalam!


kredit to Creative United

You May Also Like

0 comments

Selamat Berkomen. Silakan komen yang membina ya!