ilmu melangit akhlak cetek....

by - January 28, 2010

Assalamualaikum, 


Sedih rasnya apa bila melihat di kebanyakan dada akhbar, tak kiralah mana-mana akhbar sekalipun majalah, isu akhlak menjadi keutamaan. Sebagai seorang bakal guru saya memandang ini sebagai satu yang sangat berat dan merosakkan individu terutama remaja. Bukan sekadar dari bangku sekolah rendah dan menengah sahaja akhlak perlu ditekankan malah sejak dari kecil lagi, akhlak terbaik perlu diterapkan kepada anak-anak generasi hari ini. Apa guna ilmu melangit, menggunung tetapi cetek akhlaknya.


Nauzubillah, semuga anak-anak kita generasi akan datang dapat kita bentuk peribadinya menjadi insan mulia, hidup dirasa kehadirannya, mati dirasa kepergiannya, malah tetap hidup dihati insan lain, insyaAllah, begitulah hendaknya.




mungkin artikel ini bukanlah isu terbaru dipaparkan, tak guna belajar tinggi-tinggi tetapi cetek dari aspek akhlak... lihat sahaja sendiri....



KUALA LUMPUR, 10 Dis: Dr. Lo' Lo' Ghazali (PAS-Titiwangsa) mendakwa sahsiah dan akhlak pelajar-pelajar Kolej komuniti membimbangkan menyebabkan ibu bapa ragu-ragu untuk menghantar anak mereka melanjurtkan pelajaran ke institusi berkenaan.

Dr. Lo' Lo' sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi ingin tahu samada mata pelajaran Pendidikan Agama Islam diajar atau tidak di kolej berkenaan.

"Saya mendapat rungutan daripada ibu bapa yang gusar untuk menghantar anak mereka ke kolej komuniti kerana ia dicemari dengan budaya negatif seperti budaya couple, vandalisme, buli dan sebagainya.

"Adakah mata pelajaran Agama Islam turut diajar kepada mereka bagi memastikan mereka bukan sahaja menjadi pekerja yang amanah tetapi tinggi akhlak dan sahsiahnya," soalnya.

Sebelum itu, Datuk Dr. Tekhee @ Tiki anak Lafe (BN-Mas Gading) meminta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan jumlah terkini Kolej Komuniti dan jumlah keseluruhan pelajar sepenuh masa mengikut bidang kursus yang mereka ikuti di seluruh negara dan mekanisme yang digunakan untuk memastikan mereka tidak akan menyumbang kepada masalah graduan menganggur di negara ini nanti.

Timbalan Menteri, Datuk Saifuddin Abdullah (BN-Temerloh) dalam jawapannya memberitahu, sehingga Oktober 2009, terdapat 42 buah kolej komuniti induk dan 18 buah kolej komuniti cawangan yang beroperasi di seleruh negara.

Bilangan enrolmen pelajar program sepenuh masa, bagi sesi pengajian Julai 2009 ialah seramai 17,279 orang. Sebanyak 34 program pendidikan dan latihan dalam bidang teknkal, teknologi, perdagangan dan perkhidmatan dijalankan di kolej komuniti.

Beberapa langkah telah dilaksanakan bagi memastikan graduan kolej komuniti memenuhi pasaran kerja, antaranya ialah menggunakan pendekatan Work-Based Learning (WBL) yang mewajibkan pelajar menjalankan latihan pekerjaan selama setahun di tempat kerja.

Selain itu, Kementerian juga melaksanakan Skim Pengukuhan Graduan (SPG) yang bersifat enrichment, reinforcement, dan updating berkonsepkan tambah nilai, khususnya dalam bidang teknikal, teknologi, perkhidmatan dan keusahawanan.


Sama-sama kita berfikir, adakah kita perlu membiarkan sahaja ianya berleluasa, saya menyeru kepada semua ibu dan bapa dan guru supaya memandang serius kepada isu ini, akhlak mencerminkan peribadi seseorang individu. 


wallahualam, wasalam..


p/s: hari ini pilihan raya kampus UPSI, pilihlah calon yang dirasakan layak dan terbaik, saya mendoakan agar kepimpinan kali ini mampu menegakkan yang hak dan melumpuhkan yang batil...


You May Also Like

0 comments

Selamat Berkomen. Silakan komen yang membina ya!