Search This Blog

Monday, January 25, 2010

Masih dan sentiasa terasa...






Salam perutusan sang hati,
Sebuah jiwa yang bersemangat,
Mencoret sebentuk kata untuk dirasa,
Mengubah buah fikiran yang melanda,
Bila mana ingatan menerawang entah kemana,
Ku temuni sebuah lorong ke alam buana,
Ya, sebuah kehidupan zaman silam rupanya.


Namun, kisah nan lalu jangan dianggap bosan,
Dalamnya terkandung makna pengajaran,
Kerana aku tidak merasa hairan,
Bila mana Umar Al-Khatob yang baran,
Berubah menjadi insan sabar, taqwa dan beriman,
Hakikatnya ini usah menjadi pertikaian,
Kerana Nabi telah mendoakan,
Semoga Allah bukakan hati dua insan,
Itulah dia Umar Al-Khatob dijadikan.


Nabi begitu kasihkan umatnya,
Mengapa kita masih melupainya,
Sampai kita lupa berselawat ke atasnya,
Jangan harap syafaatnya dapat kita terima.


Aku tidak sehebat khadijah,
Apa lagi Aisyah wa Fathimah,
Jauh sekali Rabiatul Adawiyah,
Cukup sekadar sejatiku seorang muslimah.


Aku bukan seperti diriku yang dulu,
Selalu khianat janjiku padaMu,
Aku juga tidak ingin lagi seperti itu,
Kerana aku muslimah pemalu.


Aku kini bencikan maksiat,
Aku suka pada nasihat,
Biarpun dulu hatiku keras wa liat,
Jadi benci pada sikapku dulu bila diingat.


Hidupku kini ingin beramal,
Bangunkan jiwa bersihkan nurani.
Sebelum subuh ku bangun awal,
Agar aku sempat tahajjudi.


Namun ujian itu selalu menimpa,
Pada diriku yang sokmo lupa,
Cepatnya aku mudah menyangka,
Bahawa aku sudah kaya (amal)


Bukan harta yang aku kejar,
Tapi pahala dan redho yang aku inginkan,
Aku tetap sentiasa perlu diajar,
Agar aku mengambil pengajaran.


Manis sungguh si buah iman,
Hendak ku kupas bimbang ketahuan,
Kerana riak satu perasaan,
Allah benci tidak keruan.


Kasih itu umpama lautan,
Cinta itu umpama buihnya,
Berkasih dahulu bersayang kemudian,
Cinta nan satu berikan hanya kepadaNya.


Saat aku memerhatikan ombak,
Fikiranku bawa terbang tinggi ke angkasa,
Saat aku merasakan tiupan bayu,
Diriku bawa ke alam yang terindah,
Saat aku mengukir senyum mesra,
Kepalaku dongak ke langit membiru,
Saat aku mendengar desiran pantai,
Diriku seolah terbang terdampar dipersisirnya.


Begitu aku merasai kebebasan yang belum pernah kurasa,
Begitu hebat perasaan ciptaanNya,
Sehingga membawa aku terbuai leka, Aduh….
Engkau jugalah yang menciptakan rasa ini buatku,
Engkau jugalah yang berhak mengambilnya kembali,
Kerana semua yang aku guna selama ini,
Hanyalah sekadar pinjaman cuma,
Hanya syukur yang aku mampu sebagai ucap terima kasih atas segalanya, Ya Robbi.


Aku bukan pendakwah termahsyur,
Aku bukan penceramah sambilan,
Aku bukan ekstremis keagamaan,
Aku juga bukan penasihat handalan,
Aku cuma mahukan kedamaian,
Yang memberi ketenangan abadi,
Aku cuma mahukan kekuatan,
Dari senjata jiwa istimewa,
Sehingga membina kubu pertahanan,
Dari serangan-serangan biologi,
Idealisme yang merosak aqidah,
Hingga ramai yang sakit kerananya.


Jika hari ini adalah hari terakhirku,
Izinkan aku bertaubat padaMu,
Agar segala dosa silamku,
Terampun dan terbersihlah qalbu,
Dan dengan ini aku isyhtiharkan,
Semuanya ku serahkan hanya kepadaMu,
Wahai pemilik nyawaku.
Hadapkan aku kepadaMu dengan bekalan yang beribu,
Agar aku terang dalam kelabu,
Sampai salam ini kita bertemu,
Berpautlah semula di tinta biru,
Wasalam aku membuka langkah seribu,
Melangkah damai ke alam syurgaMu,
InsyaAllah itu impianku.




4 comments:

  1. sajak yang indah..teruskan munirah..

    ReplyDelete
  2. salam ummuqaseh semua karya2 dlm blog ni hasil tulisan awk sndiri ka...awk ad anta sajak2 awk nie kt mana2 penerbitan x...klu belum lbih baik usah post dlm blog..nnt ad yg ciplak plak..bgus karya2 awk..

    ReplyDelete
  3. Subhanallah,, sudah lama tidak menulis sehingga terasa kering idea... terima kasih atas komen membina... teringin menulis kembali...

    ReplyDelete