sekilas dari hati...

by - September 07, 2012

Assalamualaikum wbt...

Jumaat yang indah untuk dinikmati, tapi bila duduk kat rumah flat ni hilanglah semua kenyamanan itu... ahhhh....

Jam 3 petang bergegas ke sekolah, menyelesaikan amanah yang dipertanggungjawabkan saban minggu. Mengajar... memang best, yang tak bestnya bila pelajar tak faham apa yang diajar kerana mereka tidak fokus langsung. Masalah kerap timbul bila wujudnya keadaan yang kurang aman.

trend baru pelajar hari ni, tidak mahu bawak buku teks atau buku teks tinggal bawah meja kemudian hilang! Ayat paling best dari mereka, 'depa amik buku saya, pastu koyakkan.. hilangkan...' Suatu yang tak masuk akal sebenarnya... why not awak jaga buku awak tu elok-elok, dont blame others....

Kadang2 tertanya sendiri juga, macam mana nak selesaikan masalah ini? Sedangkan buku teks itu diberikan free sahaja oleh pihak sekolah. Timbul persoalan baru, pelajar sekolah hari ni tak nak belajar ke? tak nak berjaya ke? mahu jadi pengemis satu masa nanti? Hati ini walaupun dalam kemarahan amat, tapi tetap bimbang dan risaukan mereka... apa yang akan jadi 10 tahun lagi kepada mereka? 

Persoalan-persoalan yang tidak terjawab ketika ini.... Sayu hati bila percakapan guru hari ini sudah tidak dihiraukan lagi.... maruah guru seolah-olah tiada lagi disekolah... ' cikgu sapa nak ajar-ajar kami? mak ayah kami pun tak da suruh kami buat cam tu...' ternyata guru ibarat robot yang hanya disetkan arahan...

MENGAJAR.... MENGAJAR... MENGAJAR SAHAJALAH MATA PELAJARAN KAMU TU....

or mungkin satu masa nanti peranan guru disekolah sudah tiada.... sekadar mengajar tetapi tidak boleh mendidik sebab ibu bapa sudah mendidik ke jalan yang lain...

ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Seorang guru tetap guru sampai kapan jua... seorang guru harus bertahan dengan karenah remaja masa kini... 

Ya Allah, kurniakan ketabahan dalam hati semua pendidik dalam menghadapi anak didik masing-masing....



selagi nafas masih bersisa, untuk tinggalkan kerja guru, tidak sama sekali...

Wslm

You May Also Like

3 comments

Selamat Berkomen. Silakan komen yang membina ya!