Admin

Monday, March 18, 2013

~Selamat Hari Lahir untuk saya dan suami~

Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah, baru jer berlalu bestday saya dan suami...

hehe, nak ambil ruang kat sini untuk wish kepada suami tercinta En Azman Bin Hashim...

"Kita lahir pada bulan yang sama... En Azman 11 mac dan saya 6 mac... best rasanya sambut bestday sekali walaupun tak der la meriah mana setakat date kat secret resepi dengan chicken rice shop jer..."

Tapi saya sangat hargainya, setiap detik masa bersama dengan suami tercinta disisi membuatkan hati menjadi tenang dan selamat... terima kasih Ya Allah kerana Kau telah gantikan segala jerih perih kehidupan aku selama ini dengan suami yang sangat penyayang dan memahami diri ini...

~Selamat Hari Lahir untuk diri dan suami~


Siapa Guru di Hati Kita...

Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah segala kerja selesai tepat jam 10 malam.. now, masa untuk blogging hehe...

Sekolah ada exam (ujian bulanan 1) hari ni dengan esok. Tapi tak de la lega sangat pun sebab kelas saya, kelas PBS, so kena mengajar juga la dan buat PBS... Tapi Alhamdulillah semuanya berlalu dengan baik, walaupun ada part yang saya mood... haha lukisan kanvas hidup saya untuk hari ni, totally tak der la moody sangat. Harini boleh kawal emosi... Hopefully semakin baik la keadaan selepas ini.

owh, saya lupa nak cakap, jadi guru ni memang best sebenarnya... tapi banyak yang merungut la... memang tidak saya nafikan kerja kita sebagai guru ni berlambak... 

-PBS (itu tak termasuk kalau pelajar tu ponteng, kena gantung, pelajar sekolah lain kena buang then masuk sekolah kita pastu tak bawak PBS sekolah dia) memang jadi satu tekanan. PBS kalau sekolah hebat ok jer...

-kerja pengkeranian tu biasa, fotostat sendiri, isi borang sendiri... haha, hebatkan jadi guru

-kalau kat sekolah, guru ni banyak peranan dia... kita la guru yang mengajar dan mendidik, kita juga polis yang mengawal disiplin, kita juga doktor dan misi rawat pelajar sakit, kita juga tok bomoh kalau pelajar kena rasuk dan psiko... kita juga ambulan ok kalau ada pelajar sakit kecemasan... pendek kata kita boleh apa saja kalau kita jadi cikgu haha... best kan?

-Saya memang suka jadi cikgu, dari kecik lagi cita-cita nak jadi cikgu...alhamdulillah tercapai juga.... terima kasih Ya Allah. (Jadikan aku hambaMu yang sentiasa bersyukur kepadaMu, dan bukan hambaMu yang kufur nikmatMu)

Kerja lebih masa?

meh tengok keluhan guru kita... Keluh kesah guru

Sebenarnya kerja apa pun letih betul tak? Masa kita jadi pelajar dulu, kita sibuk nak cepat besar kan? sebab nak kerja dan ada duit sendiri, tapi bila dah dapat semua tu kita lupa dan asyik nak merungut lebih2 jer, fitrah manusia memang suka meluahkan, tak salah pun, mungkin dengan cara meluahkan boleh buat hati tenang skit dan boleh teruskan kerja kan.... 

Kepada para guru, saya sangat hargai perjuangan kalian... bila saya dah rasa sendiri jadi guru ni, beetul, memang puas bila dapat didik anak-anak murid, tapi kalau yang degil tu, eeee... rasa nak piat jer telingat tu... apasal la degil sangat, tapi jangan over ok, sebab parent sekarang suka SAMAN, opsssss... no komen!

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidaklah 
berterima kasih kepada Allah SWT sesiapa yang

tidak berterima kasih kepada manusia."

(Hadis riwayat Bukhari).

Belajar mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang bantu kita tak kira muda atau tua ok!

Sesungguhnya segala amal bakti seorang guru dalam 

menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada anak didiknya 

akan melayakkan dirinya mendapat ganjaran kebaikan, 

meskipun setelah pergi mengadap Ilahi. Firman Allah SWT 

yang bermaksud: "Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang 

kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah 

kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai 

balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar 

pahalanya." (Surah al-Muzammil, ayat 20). Rasulullah SAW 

juga bersabda yang bermaksud: "Apabila meninggal dunia 

seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya 

kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, 

anak soleh yang mendoakannya." (Hadis riwayat Muslim). 

Friday, March 15, 2013

~Pengajaran Daripada Satu Tamparan Seorang Guru~

Assalamualaikum wbt....

entah apa yang ada dalam benak fikiran hari ini, asyik terkenang zaman sekolah, Terkenang zaman cikgu dolu dolu mengajar.. walau pun cara chack and talk tapi sangat terkesan sampai hari ini...

Saya masih ingat sorang guru, sampai hari ini masih ingat namanya, cikgu Azizah Binti Mustafa...



Masa tu, saya baru darjah 5... cikgu Azizah mengajar subjek matematik... dulu juga saya lemah matematik... sifir pun tak berapa ingat... sampai la hari tu, cikgu azizah yang garang ni, ternampak saya mengira guna jari di dalam laci meja... cikgu azizah soal kami dalam kelas tentang sifir dan semuanya mesti dicongak sahaja, tak boleh kira...

Apa lagi, satu tamparan hebat melekat dimuka saya, sentap la saya, apa lagi kan... malu kot...


Story pasal cikgu azizah ni, saya pun tak tahu dia dah ada kat masa la ni, sebab dia masuk sekolah tu sekejap jer, around 1 tahun jer, lepas tu dia bertukar ke sekolah lain, Masa cikgu azizah mengajar saya, subjek matematik saya mesti dapat A.... masa darjah 5 result matematik saya naik.... dari C kepada A... menakjubkan bukan? Pelik tapi benar... Cuma lepas cikgu tu pindah, saya pun down dan result pun jatuh sikit.... lepas dapat semangat dari guru dan kengkawan lain, saya pun berusaha lagi, dah akhirnya UPSR alhamdillah dapat la A matematik....

Sampai hari ini kot, saya masih ingat tamparan hebat dari seorang guru yang hebat, saya langsung tak de dendam dengan beliau, malah saya bertambah suka dengan pengajarannya, mudah difahami....

**************************

Hari ini,

Saya terpaksa menggunakan kaedah tamparan kasih sayang kepada seorang pelajar saya, tetapi bukan kerana dia mengira sifir guna jari dibawah meja, tapi kerna dia berkata satu perkataan yang saya benci dengar , perkataan tu adalah 'BODOH'

Pertama kali saya menampar pelajar saya setelah hampir tiga tahun mengajar.... Memang tak nak, tapi saya pernah sebut, kalau ada pelajar yang sebut perkataan yang tak baik depan saya, saya akan tampar, jadi untuk buat mereka takut dan tak buat lagi, saya terpaksa menampar mulutnya.... Maafkan cikgu.... cikgu benar tak suka kalau kalian cakap macam tu, belajarlah menjadi pelajar yang baik dan berakhlak cam mana yang cikgu selalu tekan kan dalam kelas tu....

Saya sangat berharap kes hari ni tidak berlaku lagi sampai bila-bila... sayang kalau budak begini tidak berubah... ya saya akui , mungkin kekerasan semakin tidak sesuai untuk pelajar hari ini, tapi, entahlah, bila saya tinggikan suara baru mereka akan buka buku dan menulis, kalau tak, mereka akan main-main,,,

saya betul2 terpaksa buat semua ini...

Ya Allah, aku sedar caraku ini keras, tapi bagaimana lagi hari aku ubah anak-anak didikku, mereka tak solat.... hati mereka sangat keras dan tak mahu mendengar nasihat... berilah cara terbaik untuk aku mendidik mereka ini... bukakan lah pintu hati mereka Ya Allah untuk bersama agama Mu.... dan memperjuangkan agama Islam ini....

Satu pengajaran dari dua kisah berbeza ini dalam tamparan seorang guru, inilah naluri seorang guru bernama Azizah Mustafa dan hari ni aku benar-benar merasainya.... terima kasih kepada Allah atas pengalaman semalam buat diri ini


wallahu 'alam bisowwab

wslm wbt....

Wednesday, March 13, 2013

~Mencuba jadi Guru Prihatin~

Assalamualaikum wbt...

Dua tiga hari ini cuaca agak panas, melayani kerenah pelajar yang terkadang buat hati ini panas menjadi-jadi... Ya Allah berikanlah aku kesabaran yang tinggi dalam menangani keadaan pelajar yang semakin membimbangkan. Aku kasihan kan mereka dengan cara hidup yang mereka lalui,... Ya, mungkin bukan ini yang mereka pinta, tapi ini yang terpaksa mereka hadapi.



Kepada dirimu yang ku gelar pelajarku,
Aku bukan sengaja untuk marah padamu,
Aku juga bukan sengaja mencari salahmu,
Aku sekadar ingin mengingatkanmu,
Aku sekadar ingin membantumu,
Kalian yang semakin jauh dengan agama,
Bila ditanya solat,
Pastinya liat
tak cukup tak tepat....

Ya Allah bantulah anak-anak didikku ini,
Jangan biarkan mereka terus hanyut,
Jauhkan mereka dengan rokok
Jauhkan mereka dengan GAM
Jauhkan mereka dengan najis dadah,

Hampir 3 tahun aku di sini,
bukanlah satu masa yang singkat untuk mengenal mereka,
Sayangilah dirimu sendiri,
Jangan biarkan syaitan menguasaimu,
Bila kalian merasa diri kalian tidak sempurna,
tidak ada ayah,
tidak ada ibu,
atau berpisah dengan mereka,
ingatlah, bahawa ....

Rasulullah, Nabi teragung kita juga tidak punya sesiapa untuk teruskan kehidupan....
Semuanya dilalui sendiri...
Ayuh anak-anak didikku,
Jadikanlah Rasulullah itu pembakar semangatmu,
untuk meneruskan kehidupan yang penuh ranjau ini...

Aku tahu dirimu tak kuat,
aku tahu dirimu terikut,
aku sedar dirimu mudah dipedaya,
tapi ...

aku mahu kalian bangun,
aku mahu kalian celik,
aku mahu kalian ubah hala tuju hidup kalian,
kepada laluan yang lebih baik...

sebab,
aku mahu melihat kalian berjaya dunia dan akhirat

~Kesabaran seorang guru pasti diberi balasan yang setimpal insyaAllah~

terima kasih kepada semua guru yang pernah mendidik diriku ini, daripada manusia yang sangat jahil kepada manusia yang lebih baik dari sebelumnya... aku rindukan zaman persekolahan ku... rindu dengan semua guru dan teman....


aku mencuba jadi guru yang prihatin... MAMPUKAH???

wallahu'alam, wslm

Tuesday, March 12, 2013

~ institusi sekolah era kini~


Assalamualaikum wbt…

Dewasa ini, kita sering mengharapkan sesuatu dari orang lain untuk kita. Tapi pernahkah kita terfikir apakah kita pernah memberikan sesuatu untuk orang lain? Kita sering mendambakan yang terbaik dari orang sekeliling kita, tetapi adakah kita pernah bertanya kepada diri apa sumbangan kita untuk orang sekeliling kita? Begitulah hakikatnya apa yang berlaku di dunia persekolahan hari ini. Terlalu banyak perkara yang kita mengharapkan orang lain memberi dan kita hanya menerima. Adakah kehidupan ini sekejam itu?

Dalam alam sekolah hari ini, mungkin kelihatannya guru terlalu mengharapkan dirinya dihormati. Tidaklah semua guru seperti itu, tapi jika sudah ada seorang dua yang sebegitu pastinya imej seorang guru diperkotak-katikkan dunia ini. Ibarat kata kerana nila setitik rosak susu sebelanga kan? Natijahnya, perlu adanya sikap pro dan kontra… memberi dan menerima. Rasa hormat dan dihormati.

Guru dan pelajar adalah saling memerlukan, ibu dan bapa adalah perdukung dan adanya usaha sama dalam mendidik pelajar. Dalam erti kata lain, perlu seiringan usaha guru dan ibu bapa serta pelajar. Jika masing-masing meletakkan diri masing-masing dalam peranan yang betul dan munasabah, tentunya kejayaan mereka hari ini bukan perkara mustahil untuk setiap pelajar. Akan tetapi mengapa guru dan ibu bapa masih wujud perselisihan faham sedangkan matlamatnya adalah sama.

Perlu diakui, setiap guru dan pelajar serta ibu bapa mempunyai sikap dan cara yang berlainan. Apa pun caranya, apa jua gayanya, tujuannya adalah sama iaitu untuk melihat kejayaan anak-anak. Jika seorang ibu bahagia melihat anaknya berjaya, pasti seorang guru itu lebih gembira kerana kejayaan pelajarnya adalah di bawah didikan dan tunjuk ajarnya. Walau bagaimanapun, bukan bermaksud, ibu bapa tiada peranan dalam mendidik anak-anak. Pada dasarnya perlu ada sifat saling mendukung atau mendorong lebih senang difahami, menyokong.

Dalam era globalisasi ini, dunia tanpa sempadan, pelajar terlalu banyak terdedah kepada teknologi. Kebanyakan remaja bergelar pelajar hari ini mudah hanyut dan leka dengan ledakan teknologi dunia kini. Hal ini tidaklah bermakna kita perlu menyalahkan teknologi semata-mata. Akan tetapi perlu juga diambil peduli oleh ibu bapa, guru dan masyarakat sekeliling kawasan. Perlu adanya pemantauan berkala oleh ibu bapa, guru dan masyarakat. Masyarakat yang ambil peduli remaja hari ini adalah masyarakat yang sayang komunitinya dan paling berjaya. InsyaAllah.


Teknologi hari ini sebenarnya sangat mendidik anak-anak untuk berjaya jika betul dan kena pada caranya. Jadi tugas kita sebagai ibu bapa dan guru untuk menunjuk ajar mereka cara yang terbaik untuk mengaplikasikan teknologi yang meluas era ini. Walau bagaimanapun, jika salah caranya maka rosaklah akhlak dan fikiran mereka. Sebagai contoh, pelajar hari ini semakin berani untuk membawa telefon bimbit tanpa tujuan yang munasabah dan kadang-kadang langsung tidak boleh diterima pakai alasannya. Antara alasan yang diberikan adalah untuk menelefon ibu dan bapa jika ada kecemasan sedangkan telefon awam disediakan di sekolah. Antara banyak-banyak alasan yang diberikan, tidak ada satu pun alasan untuk belajar dan mencari ilmu menggunakan internet. Jadi, bagaimana harus dibendung permasalahan ini sekiranya gandingan yang hebat antara guru dan ibu bapa terlalu ampuh. Hal ini terhalang kerana guru dan ibu bapa masing-masing menyalahkan antara satu sama lain.

Alhamdulillah, saranan kerajaan Malaysia untuk memberi peluang kepada pelajar membawa telefon bimbit untuk kegunaan belajar sangat baik. Matlamat pihak kerajaan mungkin baik, tetapi caranya mungkin kurang sesuai untuk pelajar hari ini yang mana menyalahgunakan kemudahan internet dan telefon bimbit yang diberikan. Setakat hari ini sahaja, kebanyakan pihak sekolah terpaksa menanggung risiko pelajar merakam aktiviti tidak bermoral seperti merokok dan seksual. Hal ini memang tidak terbatas di antara lelaki dan perempuan. Masing-masing mahu menunjukkan kehebatan masing-masing.

Kita perlu menimbal kembali apa rasional sesuatu keputusan itu dibuat. Fitrah manusia sememangnya gemar kepada suatu yang baharu meskipun akan merosakkan diri sekiranya tidak digunakan dengan betul. Hal ini boleh sekali diibaratkan seperti member lesen kepada semua orang untuk menggunakan pistol atau senapang. Pistol atau senapang adalah satu benda yang baik sekiranya digunakan dengan cara yang betul, namun kematian akan diundang sekiranya tidak digunakan dengan sewajarnya dan mengikut emosi. Perkara ini sangat berbahaya dan boleh mengundang kepada kecelakaan dan membawa maut. Samalah halnya dengan penggunaan telefon bimbit dengan sewenang-wenangnya di sekolah. Jika salah penggunaannya boleh mengundang kepada kecelakaan akhlak dan membawa padah pada masa depan seseorang pelajar.

Kesimpulannya, seseorang pelajar , ibu, bapa dan guru wajar tahu dan cuba sedaya mungkin untuk memainkan peranan masing-masing. Seorang pelajar berperanan untuk menghormati ibu, bapa dan guru selain belajar mengejar cita. Seorang ibu dan bapa mestilah mencorak kanvas kehidupan anak-anak masing-masing dengan cantik bukan sekadar menconteng kanvas kehidupan mereka yang luhur sebelumnya. Seorang guru pula tidak kurang penting dalam berperanan membentuk akhlak dan masa depan pelajar masing-masing. Sekolah yang cemerlang bermula daripada rasa berperanan oleh pelajar, guru dan ibu bapa kerana semuanya saling mendokong.

Wallahu’alam bisowab.

Friday, March 8, 2013

Isu Lahad Datu?

Assalamualaikum wbt,

Masih menunggu berita gembira itu, ternyata Allah ingin memberi pahala buat kita melalui rasa sabar dan redho...

Isu lahad datu?

KUALA LUMPUR:  PAS mengingatkan Umno-BN supaya jangan terlalu ghairah meraikan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Lahad Datu untuk kepentingan politik hingga menenggelamkan jasa para perajurit yang gugur dan yang masih bertungkus-lumus mempertaruhkan nyawa mereka demi mempertahankan kedaulatan negara dan Sabah.

“Keghairahan Umno-BN untuk meraikan kedatangan Najib ke Lahad Datu seolah-olah 'pertempuran sudah tamat dan kini tiba masa untuk meraikannya' tatkala polis dan anggota tentera masih bertungkus-lumus untuk membasmi penceroboh bersenjata dari Filipina amat dikesali,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata insiden pertumpahan darah di Sabah mendedahkan kelemahan ketara cara pihak kerajaan menguruskan sempadan negara.

“Ternyata tahap penjagaan kedaulatan negara di bawah kerajaan BN kini berada pada tahap yang sangat kritikal. Perkara ini sungguh dikesali,” kata beliau.

Selain gagal mengurus isu dalam negara seperti yang diketahui umum, Tuan Ibrahim berkata rakyat masih ingat bagaimana negara kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura.

Di bawah kepimpinan Umno-BN, katanya negara juga kehilangan tanah keretapi di sepanjang laluan Singapura tanpa mengetahui apa pulangan hasilnya kepada rakyat, dan kawasan telaga minyak Blok L dan M kepada Brunei ketika Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri.

“Tun Dr Mahathir pernah mendakwa kehilangan telaga-telaga minyak mengakibatkan jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion),” tambahnya lagi.

Dalam insiden pencerobohan di Sabah, kata Tuan Ibrahim, rata-rata rakyat termasuk pemimpin Umno-BN sendiri tercari-cari jawapan bagaimana pasukan penceroboh dari Filipina yang berjumlah ratusan orang boleh menembusi sempadan negara dengan membawa senjata api.

“Mereka juga dibiarkan berada berminggu-minggu lamanya dalam negara tanpa sebarang tindakan, sehingga ia menjadi suatu ancaman terhadap keselamatan rakyat dan pasukan keselamatan.

"Kerajaan BN perlu tampil menjelaskan perkara ini, dan sekiranya ada rundingan dalam tempoh tersebut, kerajaan BN perlu menjawab maklumat rundingan dan punca kegagalan rundingan kepada rakyat sehingga berlaku pertempuran. 

"Kerajaan BN juga perlu menjawab mengapa perkembangan insiden di Sabah tidak dilaporkan secara telus sehingga rakyat terpaksa bergantung kepada berita daripada Filipina untuk mengetahui lanjut mengenai situasi sebenar di Lahad Datu,” tegas beliau.

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata rakyat menyambut baik tindakan keras kepada para penceroboh yang telah membunuh beberapa anggota polis.

Akan tetapi, kata beliau, rakyat juga ternanti-nanti ingin mengetahui punca sebenar sehingga menyebabkan pertempuran berlaku sehingga 8 anggota polis terkorban dan juga hukuman berat kepada mereka yang didapati melakukan pengkhianatan terhadap negara dalam insiden ini.

“Sebagai contoh, rakyat ingin mengetahui apakah punca insiden ini lahir daripada tindakan menganugerah warganegara kepada warga asing  secara rakus bermotifkan kepentingan politik dalam Projek IC yang kini hangat dicela merata tempat?

"Lebih menarik perhatian rakyat ialah persoalan kenapa insiden pencerobohan ini berlaku di saat negara berada di ambang pilihanraya umum tatkala laporan kajian mendapati sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri semakin jatuh?” soal beliau

wallahu alam...

~Al fatihah untuk pejuang-pejuang~