Search This Blog

Tuesday, February 9, 2010

Aku kasihkan mereka...


6 februari 2010, ketika program pemantapan sahsiah dan ibadah pelajar... di Balai Islam SMKSA (Musolla)

4 Februari 2010 ( Khamis)
Assalamualaikum wbt.

Ya Allah… hari ini bila ditanya tentang solat kepada pelajar saya, rupanya masih ramai yang tak solat, Nauzubillah. Sambil mengajar saya selangi dengan nasihat kepada agama Islam, kerana saya yakin biar dimana saya dilemparkan, mesej Islam perlu saya sampaikan kepada sesiapa sahaja. Sesi P & P diteruskan seperti biasa, pelajar nampak lebih bersemangat selepas diberi nasihat dan saya kira mungkin terkesan sedikit dari apa yang saya sampaikan.

Setiap kali mulakan kelas pelajar mesti membaca doa dan saya juga tidak putus untuk mendoakan mereka supaya apa yang saya ajar Allah permudahkan untuk mereka terima. Saya percaya doa guru adalah antara doa yang paling mustajab insyaAllah. Saya sentiasa inginkan yang terbaik untuk mereka agar ilmu yang disampaikan tidak sia-sia.
Dalam kelas saya ada juga 4 ke 5 pelajar keturunan orang asli, saya sendiri tak pasti mereka beragama atau tidak, agama apa juga saya tidak pernah tanya. Saya masih hormat mereka dan menghargai usaha mereka untuk datang belajar, walaupun dengan upah bayaran RM2 untuk setiap kali hari mereka datang ke sekolah. Mereka juga selalu mendengar nasihat saya walaupun berkaitan Islam. Ada sesetengahnya khusyuk mendengar. Alhamdulillah. Saya tidak peduli kerana saya menyampaikan apa yang saya ada, baik ilmu dunia mahupun akhirat. Saya yakin kelak saya akan dipersoalkan jika perkara nasihat ini dibiarkan terabai. Banyak jiwa akan terkorban dengan keasyikan duniawi yang sering mengalpakan mereka juga kita.

Apa yang saya nampak kepada pelajar ini adalah mereka sangat gersang dengan tazkirah atau dalam erti kata lain, mereka ini ketandusan motivasi. Mana tidaknya, hari kedua saya mengajar mereka berbual ketika belajar, seperti tidak ada guru dihadapan, sepertinya juga tidak berminat langsung untuk meneruskan pelajaran. Maka saya terpaksa menangguhkan P & P seketika, dan membuka laluan kepada nasihat dan motivasi, yang tersengguk terus tersentak, yang berbual terus diam. Dalam hati saya berdoa supaya Allah titipkan kepada anak-anak didik saya ini rasa hormat ketika guru sedang mengajar, rasa ingin belajar dan seronok ketika kelas saya, kelas Matematik.

Saya kira mereka ini tidak nampak apa itu Matematik jauh sekalilah untuk tahu mengapa perlu belajar Matematik. Iyalah almaklumlah baru Tingkatan 1, namun bermula dari sinilah usahanya para guru untuk mendedahkan dunia sebenar Matematik, apa, bagaimana dan untuk apa ia diperlukan dalam kehidupan. Tadi saya sempat bertanya pelajar saya: Kenapa kita perlu belajar Matematik ni? Semuanya diam, saya jawab: Contohnya kamu pergi kedai, harga sebatang pen RM0.80, kamu beli 7 batang, berapa kamu kena bayar? Semua terdiam lagi sebab tak hafal sifir. Itulah antara kegunaan Matematik dalam kehidupan, banyak lagilah kegunaannya nanti, sebab itu kena belajar, saya menyambung kata. Saya tanya saya juga yang jawab, Allahu Rabbi. Hati saya hanya tersenyum pedih.

Selamatkan mereka, jom!
wallahualam

wasalam

2 comments:

  1. Jadi murabbi itu susahnya bukan pd menghabiskan selibus..
    Tetapi..
    Susahnya ia utk membaiki acuan manusia..

    Usaha lagi Moon!

    ReplyDelete