Saturday, November 21, 2009
Sebat: Ada hikmahnya kepada Pezina
Cerpen Zina Hati : MAAF
Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang ‘playboy’ pada masa kini.~Anak-anak ZINA~
Monday, November 2, 2009
Niqab vs aurat
Assalamualaikum wbt... sedikit perkongsian berkenaan isu purdah yang saya kira menarik perhatian kebanyakan muslimah yang ingin lebih menjaga hati masing-masing dari fitnah dunia... semuga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi gambaran tentang purdah ini.Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi ada dua pendapat ulamak. Pertama sekelian badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah manakala pendapat kedua pula sekelian badannya termasuk wajah adalah aurat yang wajib di tutup.
Pendapat pertama adalah ulamak2 mazhab Hanafi dan Maliki dan pendapat kedua pula ialah ulamak2 mazhab Syafie dan Hanbali.
Bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. Perintah tutup ini bukan kerana wajah adalah aurat tetapi sebab menutup pintu fitnah. Memang kita tak dapat menafikan wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.
Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.
Jangan kita terkeliru dengan perkataan hijab dan aurat. Hijab adalah jauh berbeza daripada aurat.
Aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun dari pandangan mahhramnya sendiri manakala hijab adalah suatu yang lebih dari sekadar menutup aurat.
Kepada sesiapa yang mahukan penjelasan dan dalil2 yang terperinci tentang kewajipan berpurdah ini silalah merujuk kitab "Tafsir Ayaatul Ahkam karangan Syeikh 'Ali As-Shobuni juzuk ke 2 muka surat 103-126.
Di sana boleh kita lihat kesemua dalil2 dari Al-Quran & Sunnah dan perkataan Abu 'Ala Al-Maududi tentang kesalahan orang2 yang mengatakan wanita tidak perlu memakai hijab yang menutup wajahnya.
walahua'lam
Subhanallah, kepada muslimah yang inginkannya, semuga kita istiqamah satu masa kelak! Allah pasti bagi kekuatan bagi yang benar-benar mendambakannya. Allah hu akbar!
wasalam
sumber
Nikmat sehat itu.... bakal ditarik bila-bila masa... bersedialah!

Assalamualaikum wbt...

Mengapa saya kata semua nikmat itu ujian? Ya, ia sememangnya ujian kepada hambaNya yang terpilih tetapi cuma kita sahaja yang tidak pernah sedar akan nikmat yang sungguh enak itu. Kita lalai, kita lupa, bila kita kaya, kita jadi bakhil, bila kita sehat kita tak pernah nak luangkan masa untuk menghadap Allah dengan lebih lama selain ibadah khusus, bila Allah berikan kecantikan dan kekacakan diusia muda, kita bangga-bangga dengan anugerah itu, kita tak cuba untuk menjadi hamba yang lebih baik... dan bila mana Allah beri kita sedetik dua waktu yang terluang, kita sia-siakan dengan amalan maksiat hari kita, tak pernah pun ke terdetik di hati kita untuk sejenak merenungkan segala nikmat itu? MasyaAllah, memang dhoif lagi hinanya kita, malah kita tidak sedar diri dan masih punya hati untuk meninggi diri sedangkan nikmat itu SEMENTARA.... saya ulang dan ulang lagi, SEMENTARA sahabatku, SEMENTARA...
Maka sementara masih muda inilah, jom kita perbanyakkan ibadah dan amalan kita, mudah-mudahan ianya menjadi amalan bekalan untuk dibawa ke alam Baqa' (alam yang mana kita semua tak mungkin dikembalikan lagi di dunia ini, dan di alam itu, sudah terlambat untuk kita bertaubat)... nauzubillah.
Muda sebelum tua,
Kaya sebelum miskin,
Lapang sebelum sempit,
Hidup sebelum mati.
(Riwayat dari Ar-Tirmizi dan Muslim)
Hari ini Allah telah menarik nikmat sihatku yang selama ini aku banggakan dengan kesihatan tubuh badanku yang jarang diserang virus dek kerana kononnya antibodiku sangat cepat bertindak dan kuat melawan penyakit. Dulu aku seorang yang lincah, cergas, dan seangkatan dengannya. Tapi aku lupa bahawa itu semua anugerah Allah dan bila-bila masa sahaja Dia berhak menariknya kembali dariku. Allahu rabbi dan aku jadi insan sedhoif ini. Dulu aku ada punya kesempatan untuk melakukan apa sahaja tanpa bantuan hatta pertolongan manusia lain. Tapi sayangkan sekarang semuanya kembali kepada Yang Maha Esa, aku tak bisa bergerak pun walau hanya untuk ke kamar mandi. Pada saat inilah aku memerlukan pertolongan ramai orang untuk membantukan membuat itu dan melakukan ini. Sampai aku tersedar dari satu lamunan panjangku dibirai jendela rumah kampung beratapkan nipah dan berdindingkan buluh.
Satu mutiara hinggap di kamar hatiku, hanya dengan satu kenyataan dari seorang adik yang ku kira masih mentah, ' Akhi, nikmat Allah itu, kalau Dia hendak menariknya bila-bila sahaja, dan sepantas mungkin ', aku tersentak dan mataku terpejam dengan lembut. butir hujan panas mahu mengalir deras. Aku pengsan di situ juga.
Perjuangan aku juga terhenti disitu, dan aku koma untuk entah sekian lama...
wallahu'alam
wasalam!
Tuesday, October 20, 2009
ingin aku merasa...
Kisah seorang sahabat yang sangat baik tetapi diuji dengan ujian yang sangat hebat.
Dunia ini seolah-olah tidak adil bagi seorang muslimah yang sangat berhati mulia tetapi diuji dengan seberat masalah. Saya kira ujian ini belum tentu saya mampu menanggungnya. Mendengarkan rintihan hati seorang sahabat yang saya anggap seperti adik sendiri. Bukan niat saya untuk mempamerkan kisah hidupnya tetapi semua yang tertulis ini adalah untuk pengertian pembaca bahawa hati wanita yang rapuh ini jangan diperkotak-katikkan sehingga menjadi lunyai!
Kemelut itu bukan ujian biasa, ya... mungkin kemahuannya begitu tetapi hakikatnya, hanya Dia yang tahu. Allah tidak menjadikan ini sia-sia sahabatku, saya yakin suatu kemanisan bakal datang kepadamu, namun, hanya kita sahaja yang tak pasti bila ianya akan hadir. Allah bisa membolak-balikkan hati manusia, berdoalah semuga Allah menetapkan hati kita atas agamanya dan memperjuangkan agama yang SUCI ini, sekali gus memberi hidayah yang kau terima ini kepada dia. InsyaAllah, Allah akan memberikan apa sahaja dengan sekelip mata jika Dia kehendaki.
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
Perisai kamu adalah doa, sabar yang kau ada itulah sebenarnya kunci kepada kekuatan dan Allah bakal meninggikan martabatmu, wahai sahabatku. Saya tak punya apa untuk kamu tetapi saya punya Allah untuk kamu punyai juga. Bergantunglah hanya kepada Allah, kau terlalu baik sehingga Allah mengujimu dengan ujian bertubi-tubi, tidak lain hanyalah untuk memberi peringatan kepadamu agar kamu hanya perlu bergantung hanya padaNya. Kemanisan akan kau kecapi satu saat nanti.
Ya, Allah sedang berbicara denganmu soal sabar... Ingin benar dia mendengar rintihanmu, ingin benar dia menjadi yang pertama dalam pengaduanmu... lantakkan pergi fitnah dunia itu, jagalah dirimu agar fitnah itu pergi dan tidak mahu kembali lagi...
Sahabat…Dalam perjalanan suluk, sebenarnya cara Allah menguatkan keimanan kita adalah dengan mengirimkan berbagai ujian kehidupan kepada kita. Bagaimana kita mengatakan kita benar-benar beriman selagi kita belum diuji? Allahu akbar!


Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.
Sahabat... Saya tahu ujian untukmu sangat berat, saya rela jika bebanan itu saya tanggung juga, agar terasa ringan sedikit beban dibahumu, tapi Allah mengatakan bahawa saya tidak layak untuk menanggungnya seperti mana kau menanggungnya. Maka perlihatlah olehmu bahawa Allah sahaja yang tahu siapa kita sebenarnya, Saya berdoa semuga ketabahan yang kau miliki bukan sedetik cuma tetapi sehingga akhir hayatmu, kerna syurga abadi sedang menantimu.
demi kasih ini saya sampaikan dan saya abadikan dalam blog ini.
untuk sahabat yang pernah ku kenali.
wallahu'alam!
Sunday, October 18, 2009
satu coretan

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, tika ini aku suci tanpa cinta lelaki bukan muhrimku… mungkin inilah usaha aku selama ini, memang sukar melupakan sesuatu yang dahulunya amat aku sayangi, namun aku rasa ini adalah jalan terbaik buat aku, dia dan kamu… walaupun perit aku gagahkan juga hati ini menerimanya, kerana aku pasti tuhan lebih mengetahui… apa yang aku harapkan kini adalah kehadiran suamiku agar aku dapat kenalnya walaupun melalui mimpi… Allahu Akbar!
Walaubagaimana pun hatiku ini kini lebih tenang, dan selesa… ya benar, cinta yang tidak diiktiraf tiada maknanya… hanya cinta Allah kekal abadi… namun aku tetap bersyukur kerana Kau masih sudi menyelamatkan aku dari terus hanyut dengan cinta dunia yang penuh dengan janji manis yang selama ini tidak pernah tertunai… hari ini telah wujud keinsafan yang mendalam bagiku…
Wahai hatiku yang pernah terpalit titik hitam yang tak mungkin terpadam walaupun 1000 kali aku bertaubat kepadaNya, sabarlah dikau menerima semua dugaan ini… jangan mudah melatah…wahai tuhan ku, sesungguhnya aku tidak layak ke syurgaMu namun tak kan pula aku sanggup ke nerakaMu… selamatkanlah daku! Kerana hanya kepadaMu kuyakini hidup ini ditujui…
Ya tuhan, perasaan ini kadang-kadang sukar di kawal, Kau kuatkanlah semangatku dan Kau bangkitkanlah kekuatan yang pernah aku ada suatu ketika dulu, semuga aku dapat menempuh ujian-ujianMu ini dengan tenang… Allah hu Akbar, aku amat memerlukan pertolonganMu…
Allah hu Akbar…jika aku mengeluh dengan keadaanku di dunia ini, Kau sedarkanlah aku bahawa aku telah berdosa kepadaMu dan Kau gerakkanlah hatiku untuk segera bertaubat kepadaMu.. Jangan Kau biarkan aku terus di dalam kebatilan dan kajahilan…
Aamiiin.
Santap sampai Sentap, OK
"Sesiapa menempuh satu perjalanan untuk mencari suatu ilmu, Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga"
(Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
sabda Nabi s.a.w.;
“Sesungguhnya puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud; beliau tidur separuh malam, bangun (mengerjakan solat) sepertiganya dan tidur semula sepernamnya. (Adapun puasa pula) beliau berpuasa sehari dan beliau berbuka (yakni tidak berpuasa) sehari”
(Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.).
Medan Pena
Hanya dengan tinta aku bertindak,
Memagar segala rasa yang berkelana,
Walau sehebat mana aku bertingkah,
Namun aku tetap seorang puteri sunyi,
Menabirkan diri dari ribuan lelaki,
Sememangnya aku memencilkan hati,
Demi meraih sebuah kasih abadi.
Keheningan cuaca pagi tak mengentarkan hati,
Untuk menyuarakan apalagi meluahkan,
Segala yang tak pernah terungkapkan,
Kemarahan, kebencian, segala permasalahan,
Menjadi misi utama pena menari,
Usah ditanya mengapa begini jadinya,
Usah dipertikai segala yang tersurat,
Biarkan sahaja aku menarikannya,
Selama mana yang aku mahu,
sehingga aku benar-benar merasa puas.
Kebebasan ini nadi perjuanganku,
Selangkah aku ke
Jangan pernah kau fikir aku
Jiwa ini jiwa bebas,
Hati ini hati ingin puas,
Semua rasa sudahku gaul enak,
Untuk hidangan banggaku buat agama.
Pintaku padaNya,
Agar dibuka segala isi hati,
Biar berkobar jantungku berdetak,
Biar ligat darah juangku menggelegak,
Biar benihku tahu siapa warisnya,
Biar genetikku merasa kobarnya diriku,
Hanya dengan semangat kita bisa bersatu,
Bukanlah senjata api perluku angkat tika ini,
Rupanya senjata biologi perlu aku ganaskan lagi,
Untuk membina tembok lebih tinggi,
Membentengkan generasiku agar tak jatuh,
Menjadi tertawaan wajah dunia yang suram.
Setidaknya ketiadaanku adalah syahid yang ku rindu,
Setidaknya kejayaanku adalah nikmat yang ku perlu,
Setidaknya perjuanganku adalah sekelumit luah rasaku,
Setidaknya kekalahanku adalah cantasan tunas baktiku,
Sebagai bukti di hari nan abadi,
Bahawa aku pernah berdikari,
Demi meraih ISLAM hakiki.
مونيرة بنت تقي الد ين
(Nukilan Penulis)






