Bismillahir rahmanir rahim...
Assalamualaikum wbt.
Setelah beberapa minggu, Moon kembali menulis, kali ini adalah tentang cinta dan ianya satu berita gembira tak dapat digambarkan. Moon ada share this great moment dalam facebook dan mendapat ratusan mesej dan ucapan daripada komen post tersebut. Terima kasih...
Ya, setelah hampir 5 tahun, Moon kini hamil anak kedua, hasil perkongsian hidup bersama pasangan teristimewa Mohd Azman. Syukur kepada Allah. Siapa sangka yang Moon akan ditakdirkan hamil lagi. Pernah mencuba dan berharap sebelum ini, tapi berakhir hampa... dan kali ini, yes ianya menjadi. Syukur lagi dan lagi.
Dalam Facebook kemudiannya Moon ada up status untuk share tips apa yang Moon amalkan dalam usaha untuk mengandung lagi. Iya, mungkin bagi sesetengah individu, mereka tiada masalah untuk segera hamil sebab ianya jenis mudah lekat. Berbanding sesetengah wanita yang memang menunggu kehadiran janin dalam rahim termasuklah Moon sendiri. Peritkan rasa bila diri tak mengandung walaupun pelbagai usaha dibuat. Sakit tu dalaman wanita sahaja yang alami.
Untuk pengetahuan semua, Moon berkahwin pada 26 Disember 2011 ketika berusia 24 tahun. Agak muda la... tapi Moon dapat first baby iaitu Ahmad Idris pada 12 April 2016 iaitu setelah 5 tahun bernikah. dan ketika itu usia Moon adalah 29 tahun, lambatkan? Tapi syukur masih ada rezeki...
Tahniah Moon nak ucap kepada sahabat sahabat yang masih setia sabar menanti kehadiran cahaya mata yang entah bila akan tiba... Moon salute kalian sebab tak mudah untuk lalui semua ujian ini... Selepas setahun berkahwin, Moon dan suami terus ke klinik pergi check up, manalah tahu kan, mungkin ada masalah sana sini... benda kat dalam, tak nampak...
Alhamdulillah lepas check doc kata kami berdua sihat cuma perlu turunkan berat badan. Alamak panjang, nak pendekkan cerita Moon terus kepada apa amalam Moon buat ya.
Ujian kehamilan Moon guna clear blue bukan digital la... test 2 hari sebelum lambat haid. Positif akhirnya. Tapi Moon punya ghairah nak cek tu memang tinggi, tengok sajalah berapa test Moon cuba sampai saat petang tadi. Moon beli Pregnancy test kedai eco ja 3 yang belakang tu, dua line pun terang dah, alhamdulillah. Seronok ni Tuhan saja tahu.
#Amalan 1 : Consume Herbatusauda
Yes, herbatusauda yang Moon consume sewaktu nak dapatkan Idris sama dengan untuk kali ini. Moon dan suami sama-sama amalkannya. Bagus sangat, sesetengah wanita, mereka mengalami pcos atau cyst dalam rahim cuma bahaya atau tidak sahaja. Dengan izin Allah, ramai pelanggan herbatusauda ni yang berjaya kecutkan atau kecikkan cyst mereka tanpa ubatan doc atau pembedahan. Ya semuanya dengan izin Allah jua. Tapi tak salahkan kita ikhtiar. Allah nampak tau usaha tu ada.
#Amalan 2 : Surah Maryan (ayat 1 - 10)
Yes, mesti ramai cakap klise la, dah buat dah baca tapi tak da hasil juga. Sabar dulu.. baca penjelasan Moon satu persatu. Surah Maryam ini Moon baca setiap hari lepas magrib tanpa gagal. Macam mana? Masa Moon baca tu, Moon niatkan dan sungguh sungguh minta dalam hati untuk Allah kurniakan zuriat buat Moon. Baca memang tak susah, sebab Moon tahu, yang hebat siap hafal lagi. Awak memang terbaik. Tapi seberapa yakin awak dengan ayat dalam surah tu? Ayat Quran ni, kalau tak yakin memang tak jadi, tapi kalau yakin, baca surah Alfatihah hembus kat air pun boleh hilang migrain. Awak baca dan yakin sepenuh hati serah pada Allah. Minta kalau boleh dengan cara menangis semahunya.
Tak logik gais, Allah tak mungkin sia siakan doa hambaNya yang sungguh-sungguh meminta. Tiada yang mustahil bagi Allah. Dia bisa buat apa sahaja dengan kemahuanNya. Malah Allah suka jika kita sentiasa meminta minta padanya, dan Dia malu sekiranya tidak maqbulkan doa dan permintaan kita. Cuma Allah akan beri pada masa yang tepat. Ingat tu...
#Amalan 3 : Sedekah
Yes, sedekah paling ikhlas adalah ketika tiada manusia lain yang nampak akan sedekah itu selain Allah. Tak perlu tunjuk nak sedekah berapa, bila dan di mana. Nampak sahaja depan mata sumbanglah duit, tak banyak sikit pun jadilah. Semua itu adalah mengorbanan dan bayarannya hanya Allah akan beri pada tepat waktunya.
Sedekah kita jadi jariah. Jika kita mati, meskipun belum punya zuriat, tapi telah Allah janjikan pahalanya mengalir pada kita. Tak boleh lah kita masih kedekut dan fikir orang ni menipu atau apa. Itu terserah pada orang itu, kita hanya niatkan untuk sedekah. Sambil hulur, pasti kita akan didoakan yang baik-baik sahaja.
ke ada orang yang bila dah dapat duit sedekah, dimakinya pemberi sedekah tu? Moon kira tak ada kan. Semuanya pasti mendoakan yang baik baik sahaja. Sedekah yang paling utama adalah pada ahli keluarga kita. Mana ada ahli keluarga kita doakan yang tak elok untuk kita? Pasti mereka doakan yang baik. Jangan berhenti sedekah.
#Amalan 4 : Minta doa semua orang dan stay positive
Kalau awak perasan la, setiap post kawan-kawan dalam facebook, terutama pasal mengandung ni, Moon mesti letak komen, macam ni
"Semoga Allah permudahkan urusan awak dan doakan untuk saya juga merasainya ya"
100% sure yang pemilik post akan baca dan automatik dia doakan kita, jangan sombonglah...
Minta semua orang doakan kita, orang yang kita sedekahkan, orang yang kita jumpa terutama ibu hamil yang lain. Minta mereka doakan kita. Ehh, satu lagi, kucing pun akan doakan kita. jadi kenalah berbuat baik pada binatang dan jangan menganiaya mereka, sebab mereka pasti doakan kebaikan pada kita, dan sebaliknya jika kita zalim terhadap mereka.
Jangan selalu negatif, cuba gembirakan hati setiap hari dan stay positive sebab bila ion positif sentiasa dalam diri, ianya kan serap dan hapuskan cas negatif dan menghasilkan neutral. Senyum dan positif setiap hari, fikir yang kebaikan sentiasa ada untuk awak.
#Amalan 5 : Solat Sunnat
Yes, solat Dhuha dan tahajjud kerapkan buat. Benda ni tak perlu tunjuk, buat je... Allah nampak usaha kita dan Dia tahu, kita ready atau tidak, mampu atau tak... Dhuha untuk murahkan rezeki, dan anak juga rezeki kan... benda ni Moon tak da lah buat setiap hari tapi usahakan buat.. Mula-mula memang payah, malas dan sebagainya, lama-lama macam kalau tak buat rasa bersalah... faham kan maksud Moon tu? Tapi bukanlah berdosa kalau tak buat pun.
Allah berfirman : Jika kamu bersyukur akan aku tambahkan nikmatKu kepadamu.
Awak fikirlah, kalau awak minta pada manusia pun mereka nak tengok usaha awak dulu, inikan pula Allah... kenalah berkorban untuk dapatkan sesuatu yang indah.. Mana ada yang indah tu datang semudah abc je kan, pasti diuji dan dilihat usahanya. Tunjuklah effort tu sikit pada Allah. InshaAllah, Dia pasti tunaikan. Awak jangan putus asa ya... Kecewa tak pa, tapi jangan putus asa sama sekali sebab Allah tak suka hambaNya berputus asa dariNya.
Moon rasa sekadar tu sahaja perkongsia kali ini... Moon doakan kawan-kawan yang masih belum dikurniakan zuriat untuk segera dapat merasainya.. InshaAllah, tiada yang mustahil bagi Allah.
Sekian, wslm